Tuesday, 11 June 2013

Dia (ep.2)

Assalamualaikum..

Kau ketawa melihat dia, 
Dia tempang, engkau kata,
Dia lusuh dengan baju hidupnya, engkau kata,
Dia membenci roda hidupnya, engkau kata,

Pernah tak kau hampiri dia,
Masuk ke dalam hati milik dia,
Hati tak berwarna itu milik dia,
Hati yang penuh tampalan itu milik dia,
Selongkar dulu satu hati milik dia,

Jika kau makin merusuh,
Kau tak jumpa dia dalam hati itu,
Tahulah engkau,
Engkau pun tempang ketika melangkah,
Baju hidup kau pun lusuh,
Roda hidup kau pun kau benci,

Moga kau sedar hentilah angkuh dalam hidupmu..

Sunday, 9 June 2013

Dia (ep.1)

Assalamualaikum..

Dia ku lihat tempang, berjalan sendirian,
Dari kejauhan, ku lihat diatur langkahnya dengan susah payah,
Dia sedang kesusahan,
Dia dalam kerusuhan,
Pelik, bagaimana aku tahu..

Bantulah dia,
Jangan biarkan dia sendiri, 
Takut kehilangan itu dia,
Takut kesepian itu dia, 
Takut kematian itu dia, 

Dia semakin merobek,
Dia kian melemah,
Dia semakin lusuh dengan baju hidupnya,

Hati kehancuran itu milik dia,
Hati yang disiat-siat itu milik dia, 
Hati berontakan itu milik dia, 

Jangan takut hampiri dia,
Dia juga manusia, sama macam aku, kau dan kita semua,
Tapi, dia manusia yang lain.

Aku cuba kejar sosok tubuhnya, 
Inginku paut bahunya, tak mahu aku lihat dia tempang sendiri,
kalau dapat disalurkan kekuatan dengan itu, aku sanggup.

Aku sentuh bahunya,
Dia berkalih memandangku,
Senyum dia, Bungkam aku,
Dia itu aku, sebenarnya..