Assalamualaikum..
Dia ku lihat tempang, berjalan sendirian,
Dari kejauhan, ku lihat diatur langkahnya dengan susah payah,
Dia sedang kesusahan,
Dia dalam kerusuhan,
Pelik, bagaimana aku tahu..
Bantulah dia,
Jangan biarkan dia sendiri,
Takut kehilangan itu dia,
Takut kesepian itu dia,
Takut kematian itu dia,
Dia semakin merobek,
Dia kian melemah,
Dia semakin lusuh dengan baju hidupnya,
Hati kehancuran itu milik dia,
Hati yang disiat-siat itu milik dia,
Hati berontakan itu milik dia,
Jangan takut hampiri dia,
Dia juga manusia, sama macam aku, kau dan kita semua,
Tapi, dia manusia yang lain.
Aku cuba kejar sosok tubuhnya,
Inginku paut bahunya, tak mahu aku lihat dia tempang sendiri,
kalau dapat disalurkan kekuatan dengan itu, aku sanggup.
Aku sentuh bahunya,
Dia berkalih memandangku,
Senyum dia, Bungkam aku,
Dia itu aku, sebenarnya..
No comments:
Post a Comment